30th August, 2014

6.20

Nama:Fung Jing Yuan

Kelas: K3B

No.Sekolah:12042

Penulis:Siti Jasmina Ibrahim

Tema
Novel ini membawa tema perjuangan golongan muda dalam menentang anasir-anasir barat yang mempengaruhi jiwa mereka. Perjuangan ini diwakili oleh Sukma, Rafiq dan Teja yang berusaha gigih untuk menyelamatkan golongan remaja (pelajar sekolah menengah dan universiti) daripada terus hanyut dengan pengaruh pemikiran barat yang menuntut kebebasan hidup seperti menganggotai kumpulan ‘black metal’, sesuatu  yang Jerry telah lakukan

Persoalan 

i. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya.
Contoh: Ibu Sukma berasa sangat bimbang apabila Sukma ingin berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri di hadapan rumahnya pada jam 6:20 kerana baginya tindakan Sukma akan membawa bahaya kepada dirinya.

ii. Konflik dalam keluarga.
Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang berlaku antara ibu dengan Sukma.  Ibu beranggapan Sukma mengalami tekanan perasaan dan telah membelikannya sebuah buku untuk mengurangkan masalahnya.

iii. Tanggungjawab seorang sahabat.
Contoh: Jerry sanggup membantu Sukma dengan memberitahu segala maklumat kelab WX2 walaupun Jerry tahu bahawa nyawanya terancam.
Sinopsis

Novel ini menceritakan tentang Sukma iaitu seorang remaja perempuan yang hidup dalam kemewahan dan sedang menuntut di sebuah universiti awam tempatan.  Ayah Sukma merupakan seorang YB di kawasan tersebut.  Keganjilan muncul apabila Sukma sering melihat orang yang tidak diketahui di hadapan rumah mereka.  Tetamu-tetamu yang tidak diundang itu muncul tepat pada pukul 6.20 pagi.  Antara tetamu yang sering dilihat oleh Sukma adalah seorang kanak-kanak lelaki, seorang nenek tua dan juga seorang lelaki.  Sukma akhirnya. dapat bercakap dengan tetamu-tematu itu,  Namun apabila ibu Sukma melihat mereka, ibunya akan  marah dan secara  tiba-tiba tetamu-tetamu itu akan hilang dengan sekelip mata.

Watak dan perwatakan:
Nur Sukma Binti Haji Syakir
. Watak utama
. Anak tunggal perempuan Haji Syakir dan Puan Delia
. Berusia 19 tahun
. Penuntut jurusan Sains Politik dan Falsafah di sebuah institusi pengajian tinggi awam

Merendah diri
Cth: Sukma memohon maaf kepada ibunya setelah dia berlaku kasar terhadap ibunya

Degil
Cth: Sukma tidak mahu mendengar arahan ayahnya supaya menunggu di dalam kereta ketika operasi diadakan.
. Gigih berusaha
Cth: Sukma tidak berputus asa untuk mencari bukti dan maklumat berkaitan Kelab WX2.
. Baik hati
Cth: Sukma mengambil makanan untuk Aim yang lapar ketika Aim datang ke rumahnya.

Watak dan perwatakan :
Puan Delia
. Ibu Sukma dan isteri Haji Syakir
. Seorang yang berhati-hati
Cth: Ibu Sukma melarang Sukma daripada berjumpa dengan wanita tua, kanak-kanak dan isteri muda di hadapan pagar rumahnya.

Saya telah belajar bahawa kiti mesti sentiasa mengamal sikap-sikap yang baik dan jangan terpengaruh dengan gejala sosial.

Posted at 5:57 pm | Comment (0)

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.