30th August, 2014

Di Sebalik Wajah

Nama: Fung Jing Yuan

Kelas:K3B

No.Sekolah: 12042

Penulis:Abang Saifuddin Abang Bohari

Sinopsis

Cerita Di Sebalik Wajah mengisahkan seorang remaja iaitu Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar.  Nama Doktor Fikri diberikan oleh bapanya sempena nama seorang doktor yang telah mendoakan keselamatan ibunya sewaktu melahirkannya. Disebabkan nama dan kecacatan kulitnya yang balar Doktor Fikri sering diejek dan diketawakan.  Namun begitu, dia tabah menerima segala dugaan yang menimpa dirinya.  Pertukaran ke sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal banyak memberikan pengalaman baharu kepadanya.  Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz  dapat menerima kehadirannya di sekolah itu.  Mereka berkawan baik walaupun Doktor Fikri dianiaya oleh tiga orang murid iaitu Narius, Jais dan Jamadi yang juga sering mengganggu murid lain.

Tema

Ketabahan seorang remaja menghadapi kekurangan diri dalam kehidupan hariannya. Doktor Fikri yang cacat kulitnya , terpaksa menerima ejekan, sindiran dan cemuhan daripada pelajar-pelajar lain di sekolahnya.

Persoalan 

  1. Persoalan rajin membaca

Contoh: Doktor Fikri sentiasa mengisi masa lapangnya dengan membaca dan kerap pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku.

  1. Persoalan menghargai persahabatan

Contoh: Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa jua rintangan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

  1. Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga

Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah memberikan sepenuh kasih sayang kepada Doktor Fikri.  Semua kemahuan Doktor Fikri dipenuhi oleh mereka.

Perkembangan

Doktor Fikri berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal dalam tingkatan dua.

Perumitan

Doktor Fikri sering diejek oleh pelajar lain, dibuli dan difitnah oleh Narius, Jais dan Jamadi.

Puncak

Narius, Jais dan Jamadi mengaku kesalahan mereka yang memfitnah Doktor Fikri.

Peleraian

Doktor Fikri dan keluarga pulang bercuti ke Malaysia setelah setahun tinggal di Jepun.  Mereka sekeluarga dalam perjalanan mendaki Gunung Kinabalu.

Watak dan PerwatakanWatak Utama

 Doktor Fikri

Watak Sampingan

 Cikgu Saiful

Saya sangat suka membaca buku ini kerana plotnya amat menarik dan mempunyai banyak nilai yang boleh dipelajari.

 

Posted at 5:44 pm | Comment (0)

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.