30th August, 2014

Erti Sebuah Pengorbanan

Nama: Fung Jing Yuan

Kelas: K3B

No.Sekolah:12042

Tittle: Erti Sebuah Pengorbanan

Tema

Pengorbanan kepada keluarga

Iman Zulaikha amat menyayangi kedua-dua ibu bapanya.  Setelah mereka bercerai,  Iman tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di kampung.  Namun, hubungan ibu dan bapanya masih baik sebagai sahabat. Pelbagai usaha dilakukan agar kedua-dua ibu bapanya dapat bersatu semula.

Persoalan

 

1.  Persoalan ketabahan

Iman tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang dihadapinya.  Setelah ditinggalkan

oleh ibunya yang melanjutkan pelajaran di New Zealand, dia menyesuaikan dirinya

tinggal dengan datuk dan neneknya di kampung.  Segala masalah dihadapinya tanpa

merungut malahan dia lebih berazam untuk berjaya.

2.  Persoalan hubungan persahabatan

Iman dan Pei Wen bersahabat baik dan sering mencurah rasa serta sama-sama

menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.Kegigihan

Iman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato bagi mewakili sekolahnya ke

peringkat daerah.

Klimaks

Iman memenangi pertandingan pidato peringkat daerah hasil daripada kegigihannya berlatih walaupun pelbagai masalah yang dihadapinya sepanjang tempoh persediaan bagi menyertai pertandingan tersebut.  Dua hari sebelum bertanding, diari dan teks pidatonya hilang.  Namun dia cekal.  Ayahnya turut hadir memberikan sokongan pada hari pertandingan.

Watak dan Perwatakan 

Watak Utama

Iman Zulaikha

Dia merupa seorang pelajar Tingkatan 1.  Dia juga amat gigih. Contohnya, Iman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato peringkat sekolah dan peringkat daerah.  Hasil usahanya yang gigih, dia berjaya menjadi johan.  Selain itu, dia juga bersikap seorang pemaaf.  Contohnya, Iman merupakan seorang yang pemaaf.    Dia memaafkan kesalahan Linda yang pernah menolaknya sehingga jatuh tangga dan mengambil diari serta teks pidatonya sebelum pertandingan.

Linda

Dia merupakan rakan sekelas Iman Zulaikha.  Selain itu, dia selalu menyakiti hati Iman dan akhirnya dia insaf akan kesalahannya dan berbaik semula dengan Iman Zulaikha.

Pei Wen

Dia merupakan sahabat baik Iman.  Dia belajar dalam kelas yang sama dan tinggal sekampung dengan Iman Zulaikha.   Dia tinggal dengan emak tirinya.

Saya telah belajar bahawa kita mestilah membuat pengorbanan bagi ahli keluarga kita.

Posted at 5:49 pm | Comment (1)


1 Comment

  1. On August 30, 2014 at 10:15 pm s5a.ppc@smjk.edu.my said:

    August 30, 2014 at 10:15 pm

    Cerita ini mudah difahami walaupun menggunakan pelbagai peribahasa. Saya suka akan bahasa yang digunakan kerana bahasanya sangat indah. Saya akan belajar teknik mengarang pengarang itu dan menghayatinya misalnya dalam penulisan karangan saya. Saya juga memperoleh nilai positif misalnya tekun pelajar. Saya dapat mengikis sikap malas saya selama ini melalui pengajaran buku cerita ini.

Add a Comment

You must bee logged in to post a comment.